Selamat Datang~ CikAzahere.com

Tuesday, 27 December 2011

3idoit !!!


nk jadi skema sat usha la kat video ni..layan layan layan..!!


by: aku.com

ni adik2ku yang comot..teringin nk jadi upin ipin..
topi tembikai pon jadi la..


Monday, 26 December 2011

Balasan Baik Hindari Marah !!

Balasan baik hindari marah ABU Hurairah dan said Al-Magburi meriwayatkan: "ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. ketikaitu Rasulullah duduk disebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar. setelah orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah beredar dari situ.
Abu Bakar hairan dan terus mengikuti Rasulullah sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketikan saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalasmakian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan".
Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharap keridhoan Allah".
Abu Said al-Khurdi berkata: Rasulullah bersabda: "Awaslah kamu dari sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
"Maka siapa yang berasakan demikain ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia berbaring".

by: aku.com

Monday, 12 December 2011

peringatan buat wanita !!




❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

❤.•¨`*♫ ✿ PERINGATAN BUAT WANITA ❤.•¨`*♫ ✿

♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Menjaga pandangan.Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Kiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

Orang yang gemuk tapi kurus
Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang alim tapi jahil
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
Ingat kepada Allah SWT
Lupakan budi baik mu pada orang lain.
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
Minta talak.
Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

Mengekalkan malu pada suaminya.
Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
Mengikut kata-kata dan suruhannya.
Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
Berdiri menyambut kedatangannya.
Berdiri menghantar pemergiannya.
Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
Tiada khianat ketika tiada suaminya.
Memuliakan keluarga suaminya.
Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya..

Wallahua'lam..
♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ

solat itu tiang agama !!!


❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

*˙••☆* KELEBIHAN SOLAT UNTUK TENAGA BATIN *˙••☆*

•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨*
Di dalam Islam tidak terlalu banyak kaedah beriadah atau exercise sepertimana agama atau bangsa-bangsa lain. Sebabnya selain dari beriadah seperti menunggang kuda, memanah, bermain pedang dan berenang, sembahyang (Yang Dituntut 5 kali sehari dlm Islam) juga merupakan satu riadah rohaniah dan jasmaniah.

Dari segi pergerakan tubuh badan, sembahyang secara langsung melibatkan urat, otot dan sendi-sendi dalam tubuh badan kita, termasuk organ-organ serta urat saraf yg menghubungkan dengan alat kelamin. Ini akan selalu me"refresh" tubuh badan kita setiap kali sembahyang dilakukan.

Contohnya ketika rukuk, semua urat dari mata, leher, belikat , belakang, pinggang, punggung, paha bahagian belakang, betis, lutut dan segala sendi daripada leher, tulang belakang, pinggang sendi tangan dan kaki akan bergerak. Sementara ketika sujud pula, segala urat-urat dan sendi-sendi bahu belakang, pinggang hingga kemaluan akan berfungsi (bergerak).

Ketika duduk antara 2 sujud atau duduk tahayyat pula memberi kesan membina kekuatan sekitar pinggang dan semua urat saraf dan persendian sekitar bawah tubuh. Jadi sekiranya seseorang itu sembahyang bererti segala persendian dan urat saraf utama bergerak. Apabila sentiasa bergerak menjadikan pergerakan darah, angin dan kededukan urat dan sendi menjadi normal.

Sepertimana kita sedia tahu, kemaluan merupakan tempat berkumpulnya semua perhubungan urat saraf daripada seluruh tubuh kita. Oleh itu jika ada salah satu urat itu bermasalah ia boleh memberikan kesan sampingan pada kemaluan.

Sehubungan itu, jika seseorang banyak sembahyang dia akan mengerakkan seluruh urat saraf dan sendi-sendinya. Dengan banyaknya pergerakan, ini akan mengelakkan daripada darah dan angin berkumpul di satu-satu sendi dan urat saraf terutama di bahagian kemaluan atau buah kemaluan yang mengakibatkan syahwat lemah.

Oleh itu, orang yang banyak sembahyang ditambah lagi dengan sembahyang sunat terutama sunat tahajjud di waktu sepertiga malam ketika udara sejuk dan nyaman, pergerakan sendi dan urat saraf menjadi semakin lancar. Disamping jiwa dan roh menjadi kuat dan sihat, syahwatnya juga turut terpelihara. Jadi sama-samalah kita menunaikan solat dengan tertib, teratur dan tawaduk.

P/s: Ikhlaskan solatmu itu semata2 kerana Allah..bukan atas dasar kelebihannya semata2..wallahua'lam..

•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨*

Sunday, 11 December 2011

doaku untukmu sahabat..


❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

☀♥•*¨`*•.*► Doaku untukmu, sahabat◄*.•*¨`*• ♥☀

*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆
✿ Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga,

✿ Yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,

✿ Harum wanginya dengan ilmu agama,

✿ Cantiknya kerana iman dan taqwa.

✿ Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,

✿ Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,

✿ Bukan perhatian mata ajnabi,

✿ Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.

✿ Wajahnya bukan mengundang dosa,

✿ Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,

✿ Yang memudarkan kecantikan diri untuk Engkau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMu nanti. Ameen."
*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆*☆·˙♥●*☆•·˙*☆

mengumpat!!! nauzubillah....







❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

•❤••❤• MENGUMPAT •❤••❤•

✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿

Di akhirat kelak, seorang itu terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah di lakukannya di dunia..
Maka, dia bertanya,

"Wahai TUHANku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya."

Maka ALLAH menjawab,

"Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI." [Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili]

✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿✦★✿


Kebinasaan dunia


❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

♥¸.•✿´¯ KEBINASAAN DUNIA ♥¸.•✿´¯

ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦

Sedih kadang-kadang melihat maksiat berleluasa, mereka bercumbuan, berdua-duaan, berpimpin tangan di khalayak ramai. Seolah2 tidak malu dengan DOSA yang mereka lakukan. 

Ingatlah, selagi Allah masih meminjamkan nyawa, masih meminjamkan tubuh badan, masih meminjamkan akal dan masih meminjamkan bermacam-mcam nikmat kepada kita. Jangan malu untuk menjadi hamba yang takut padaNya dan hamba yang taat padaNya. Sepatutnya pasangan kekasih itu saling memimpin ke syurga. Bukan memimpin ke neraka..Astaghfirullah..

ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦

sayang ibu..


❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
▀▄▀▓ SAYANG IBU ▓▀▄▀
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿
.• °ღ KETIKA KITA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA.CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIHKEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.
.• °ღ APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN,TAPI,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGILOLEH IBU.
.• °ღ MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.
.• °ღ KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING RUMAH.
.• °ღ KETIKA KITA BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, TAPI,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEKDALAM LOPAK KOTOR.
.• °ღ SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"
.• °ღ APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA.TAPI,CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.
.• °ღ APABILA MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.
.• °ღ KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KITA KE SEKOLAH,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.
.• °ღ KETIKA BERUSIA 10 TAHUN,IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUKMENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAKBERTEGUR SAPA DENGANNYA.
.• °ღ APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.
.• °ღ MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, TAPI,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGANMEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.
.• °ღ KETIKA KITA BERUSIA 14 TAHUN,IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA KITA,TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULISSEPUCUK SURAT PUN.
.• °ღ KETIKA KITA BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DARI KITA, TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.
.• °ღ MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIABERSAMA KAWAN-KAWAN.
.• °ღ KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, TAPI KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADAIBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.
.• °ღ KETIKA KITA BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, TAPI KITA KATA, "ITU BUKAN URUSAN IBU."
.• °ღ SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, TAPI KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."
.• °ღ APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. TAPI DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"
.• °ღ MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,TOOOOOLONGLAHHH? ."
.• °ღ KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKANKITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGANBERPINDAH JAUH.
.• °ღ PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."
.• °ღ KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, TAPI KITA BERKATA, "KAMI SIBUK,TAK ADA MASA NAK DATANG."
.• °ღ APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, TAPI KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DANKISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.
.• °ღ DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU DAH MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.
.• °ღ JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. TAPI,JIKA IBU KITA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA.JANGAN LUPA DOAKAN KESEJAHTERAAN IBU KITA DI SANA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYAMILIKI SEORANG IBU KANDUNG SAHAJA!!
❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿❤¸.•*✿


KISAH CHENTA HATI & IMAN


❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

★•.•´¯`•.•★ KISAH CHENTA HATI & IMAN ★•.•´¯`•.•★

¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥
HATI sedang mencari teman, tiba2 dia bertemu dengan SAHABAT..dia pun berkenalan..HATI dah kenal nama sahabatnya, IMAN..tiap kali HATI ditimpa kesedihan, IMAN datang bagi sokongan..HATI sedih IMAN yang gembirakan..HATI menangis IMAN yang tenangkn..HATI diserang IMAN jua yang pertahankn..Hebatnya persahabatan IMAN & HATI..

Satu hari HATI ditinggalkn oleh IMAN bukan kerana IMAN tak sukakan HATI..Cuma kadang2 HATI tak hargai budi IMAN..bila IMAN nasihatkan HATI,HATI selalu marah IMAN..Dan bila HATI dah rasa keseorangan barulah HATI sedar yang dia perlukan IMAN..HATI pun jatuh CHENTA dengan IMAN..

AKHIRNYA.. HATI pun berkahwin dgn IMAN....bertuahnya HATI dapat IMAN..♥
¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥(̆̃̃¤. ¸¸.-"¯`♥

15 CIRI WANITA SYURGA

❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

░•.¸. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ 15 CIRI WANITA SYURGA ░•.¸. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄

♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ♥ *¨vاﷲِ`*♥ (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ (¯`v´¯) ♥ *✿•*
1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

InsyaAllah..
♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) ♥ *¨vاﷲِ`*♥ (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ (¯`v´¯) ♥ *✿•*

hargailah seseorang!!


❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★★*°˙˙°*★

Hargailah orang yang membenci kita, kerana dia sebenarnya 
adalah 'peminat' setia kita yang telah menghabiskan waktunya 
hanya untuk melihat setiap kesalahan kita.

★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★★*°˙˙°*★