Selamat Datang~ CikAzahere.com

Saturday, 31 March 2012

Cinta itu~~~

Hidup tanpa COUPLE kononnya sunyi...
Hidup tanpa COUPLE kononnya sepi,tak mampu nak luahkan masalah kat sape2...
Hidup tanpa COUPLE malu,org lain dah ada,kita bila..

tapi bila difikirkan semula HIDUP tanpa COUPLE,kita FREE..
tak perlu fikirkan sape2,hanya fikirkan masa depan kita,
yang membuatkan kita menghitung diri kita yang ALLAH sedang melindungi kita dari perkara yang sia-sia...

Friday, 30 March 2012

MUHASABAH DIRI~~

Sama2 MUHASABAH diri
1.Adakah anda bersembahyang jemaah setiap hari?
2.Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3.Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
4.Adakah anda tertinggal takbiratul ihram yang pertama semasa solat berjemaah?
5.Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an?
6.Adakah anda membaca al-Ma'thurat(doa amalan nabi) pada hari ini?
7.Adakah anda selawat atas rasul pada hari ini?
8.Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
9.Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
10.Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?
11.Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12.Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?
13.Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14.Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
15.Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
16.Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
17.Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
18.Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga atau neraka?
19.Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
20.Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
21.Adakah anda memungkiri janji?
22.Adakah anda berbohong?
23.Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?
24.Adakah anda pernah terjerumus ke dalam maksiat?
25.Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
26.Adakah anda menzalimi orang lain?
27.Adakah anda menceroboh hak orang lain?
28.Adakah anda mengumpat orang lain?
29.Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
30.Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?
31.Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap kepada Allah?
32.Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
33.Adakah anda pernah merasa riak dan takabur setelah melakukan sesuatu?
34.Adakah anda telah menjaga telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan anggota lain dari maksiat?
35.Adakah anda mengabaikan dalam masa dalam urusan terutama dalam hal solat?
36.Adakah anda berwudhu sebelum tidur?
37.Adakah anda telah mengamalkan doa harian dalam segala urusan anda?
38.Adakah anda telah berniat untuk solat malam?
39.Adakah anda telah berazam untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik lagi pada hari esok?

Ingat!!

Tudung Labuh Hipokrit? Meh Sini Saya Jawab . .
Ni adalah status yang mendatangkan angin kemarahan SAYA . .

Meh SAYA nak bagi sikit kata² hikmat kat AWAK . .
... ...
Bertudung wajib tau tak . .
Pakai dapat pahala . .
Tak pakai dapat dosa . .
Betul ?
Mesti la betul . .

Islam menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada . .
Itu lah wujudnya tudung labuh . .

Tentang baik tak baik perangai si pemakai . .
Itu no dua . .
Yang penting . . menutup aurat itu adalah wajib . .
Perkara utama . .
Buat dapat pahala , ta buat dapat dosa . .
Itu yang penting . .

Kenapa mesti kena keluar kenyataan perempuan bertudung tak semestinya baik . .
Kenapa mesti buat kenyataan macam tu ?

Cuba korang bayangkan . .
Tiba² seorang perempuan yang baru ingin memakai tudung . .
Membaca status korang . .
Dan membatalkan niat bertudung disebabkan status korang tu . .
disebabkan statement korang tu . .
Elok orang baru nak pakai tudung jadi terus tak pakai tudung . .

Apa korang dapat ?
Korang da la berdosa sebab tak pakai tudung . .
Lepas tu mengeluarkan statement yang boleh mempengaruhi orang supaya tak bertudung . .
Bertambah² dosa . .
Korang suka ker macam tu ?
Suka kumpul dosa ?

Bagi saya . .
Siapa² perempuan yang kononnya tak dapat hidayah tu . .
Kalau taknak bertudung itu hak korang . .
Tapi jangan keluarkan statement macam tu . .
Berdosa !
Mempermainkan hukum Allah . .

Makhluk yang menentang dan mempersoalkan hukum Allah ni siapa ?
Syaitan tau ta !
Korang pernah baca sejarah syaitan ?
Pernah ?
Hanya syaitan yang menentang hukum Allah ni . .
Ingat diorang mempersoalkan perintah Allah supaya mereka sujud kepada Adam . .
diorang mempersoalkan perintah tu . . kemudian mereka menentang perintah tu . .
Menentang dan mempersoalkan perintah Allah . .
Nak jadi sama seperti itu ?
Korang pikir²kanlah .

Siapa Wanita Cantik?

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.


Renung2kan..

Air Mata..
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada YANG ESA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB DI ALAM BAQA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB NERAKA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku menghadapi DASYATNYA AKHIRAT SANA
Gugurlah engkau kala KEINSAFAN di atas segala DOSA-DOSA
Gugurlah engkau kala RASA HINANYA diriku di sisi YANG MAHA ESA
Gugurlah engkau kala ku MEMOHON diampun DOSA DAN ALPA
Gugurlah engkau kala ku MERAYU taubatku DITERIMA
Gugurlah engkau kala kumemohon PETUNJUK-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon segala BANTUA-NYA
Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam RAHMAT-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni SYURGA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap REDHA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap CINTA-NYA
Gugurlah engkau kala kurindu pada PENCIPTA ku YANG NYATA
Gugurlah engkau kala kurindu HAMPIR PADA-NYA
Gugurlah engkau kala ku rindu pada KEKASIH-NYA
Gugurlah engkau kala ku SUJUD pada yang Kuasa
Gugurlah engkau kala ku TADABBUR Kalam yang Esa
Gugurlah engkau kala ku ZIKIR pada Yang Kuasa
Gugurlah engkau kerana YANG ESA

Kerana kuingin setiap titismu menjadi PEMBELA ku
Kerana kuingin setiap titismu menjadi SAKSI ku
Kerana kuingin setiap titismu PENYELAMAT diriku
Kerana kungin setiap titismu MEMBAWA ku KESYURGA idamanku
Kerana kuingin setiap titismu ku DAPAT MELIHAT wajah Rabbku..
Kerana kuingin setiap titismu BAWA BAHAGIA ABADI buatku
WALAU ENGKAU HANYA SETITIS AIR MATA MEMBASAHI PIPIKU...
Namun Nilainya hanya Tuhan sahaja yang tahu..............

Tulang Rusukku..!!!

Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) 

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para gadis yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu.

InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya.

Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya.


Renung2kan.. !!...

Renung2kan.. !!

Mari kita baca 14 Perkara dibawah dan renung-renungkan…

1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?
2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?
3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?
4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?
5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?
6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?
7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?
8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?
9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?
10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?
11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang BermulutLazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?
12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?
13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?
14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?
Oleh itu, aku berpesan kepada diri aku dan kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa mencerca diri sendiri . Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma.

Wanita ~~

Wanita itu bukan seperti BUNGA yang wanginya boleh dicium setiap KUMBANG.
Tetapi wanita itu seperti EMAS yang berharga dan MAHAL.
Disimpan ditempat yang tertutup agar tidak dicuri orang.
Walaupun dia telah JATUH ke dalam LUMPUR, dia tetap BERHARGA dan tidak berkurang sedikit pun NILAInya.♥

Hakikat ~~~

Seorang wanita sanggup menyembunyikan rasa CINTANYA berpuluh2 tahun,
Namun,seorang wanita tidak mampu untuk menyembunyikan rasa CEMBURUNYA walau hanya sesaat..

Duhai Wanita !!

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki ,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya ,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki ,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute' ,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat ,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah :

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki ,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya ,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal ,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram ,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja ,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang,

#renung2kanlah,sekadar perkongsian..
semoga ada manfaatnya..^^,~~~~

Friday, 2 March 2012

WAHAI LELAKI!!

WAHAI LELAKI!

Ambil lah KUNCI ini dan
─▄▀▀█▀▀▄
▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hati Wanita Pilihan Kamu..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Dia,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jumpa Ibubapa dia kat dalam rumah tu
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██ siapa sanggup???

Renung2kan..

Ramai orang mencari PASANGAN yang BAIK dan BERIMAN dengan harapan pasangannya itu dapat MEMBIMBING diri mereka,
Tetapi tak ramai pula yg cuba MEMPERBAIKI DIRI untuk menjadi seorang yg baik dan beriman untuk membimbing pasangan mereka..


aku.com~~

Renung2kan..

Jika ditanyakan kepada orang2 SOLEH,mengapa mereka TIDAK BERHIBUR??

Maka,mereka menjawab: Bagaimana kami hendak berhibur jika MATI dibelakang kami,KUBUR dihadapan kami,NERAKA memburu kami,SYURGA menanti kami dan ALLAH pemerhati kami..

Renung2kan..




aku.com~~