Selamat Datang~ CikAzahere.com

Sunday, 27 May 2012

1Jun~~



buat aku 1Jun2012 nanti... ^_^

Aku.Com~

Duhai bakal imamku~~



بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Duhai bakal imamku,
Namamu kah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurgaNya?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai imamku...
Adakah kau yang tercipta untukku???
Jawab pertanyaanku ini, jawab !
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan kerana jawapannya bukan di tanganmu..
Tetapi di tanganNya…di tangan Tuhan kita..Allah SWT
Tuhanku dan Tuhanmu,

Duhai bakal zaujku,
Jemput diriku apabila waktunya telah tiba..
Sebelum sampai saat itu,
Biarkanlah aku sendiri bersama Dia,
akan kucipta cinta bersama Dia,
sebelum kucipta cinta antara kita,
jadikanlah dirimu kumbang yang hebat,
dan…
doakan aku agar menjadi bunga yang mekar..
mekar mewangi di taman syurga..

oleh itu..
aku tinggalkan dirimu padaNya...
kerana hanya Dia saja sebaik2 tempat perlindungan..
InsyaAllah..

Ya Allah,
bantulah aku untuk menjaga hatiku,
daripada mengingati si dia yang belum halal untukku,
Dan bila saatnya telah tiba,
maka indahkanlah cinta kami dengan redhaMu..
Aamiin ya Rabbal Alamiin..

p/s:Tunggu sampai halal ye?? ^_^





بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 


Wanita yang CANTIK akan membuka "mata lelaki".
Tetapi wanita yang BAIK akan membuka "hati lelaki"
இܓ♥ இܓ♥ இܓ ♥ இܓஇܓ♥ இܓ♥ இܓ ♥


l:. jodoh itu rahsia ALLAH .:l





l:. jodoh itu rahsia ALLAH .:l

♥ kita berkenalan secara tak sengaja adalah perancangan Allah ..
kita berkawan walau berapa lama bertahan persahabatan kita pun Allah yg rancang

♥ kita sembunyikan rasa yang ada itu juga ALLAH yang rancang ..
kita jaga apa yg tak patut diungkapkan itu pun ALLAH yg telah merancangnya

♥ kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga Allah yang beri ..
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa Allah yang aturkan

♥ kita dikurniakan kesedaran & keinsafan juga kerana Allah sayang pada kita ..
kita berjauhan utk mencapai redhaNYA juga DIA yang rancang

♥ kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing juga ALLAH yang detikkan
dalam hati kita ..
ketahuilah sama ada hubungan kita akan berkekalan sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga ALLAH yg akan tentukan

# jadi ,
usah risau andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya
InsyaAllah kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak & masa :)




Ya Allah~

Dengan nama ALLAH yang MahaPemurah lagi MahaPenyayang~


"Jika seseorang itu bukan tertulis sebagai jodoh ku...

Maka jauhkannya dariku dan gantikannya dengan yang lebih baik..

Dan jika dia memang tertulis dia Loh Mahfuz sebagai ketetapan jodohku..

Maka dekatkanlah dia denganku dan jadikanlah dia seseorang yang terbaik untukku di dunia dan akhirat..

''DEMI MAHAR CINTA SEUTAS TASBIH ,
KUBERHARAP PADA MU YA RABBI
AGAR CINTAKU PADAMU TERUS BERTASBIH DI JALAN MU .."

Aamiin...Ya Allah..


Jika aku ~~


♥ Jika wanita cantik yang dicari, ia BUKAN saya..

~ Jika kau menyayangiku kerana paras rupaku, daku khuatir jika suatu hari nanti ALLAH menarik kembali paras rupa itu. Apakah kau masih akan menyayangiku?

♥ Jika wanita solehah yang dicari, ia BUKAN saya..

~ Jika kau menyayangiku kerana solehahnya diriku, daku khuatir jika suatu hari nanti daku tersungkur ke lembah dosa. Apakah kau akan menghulurkan tanganmu kepadaku?

Sekali lagi saya tegaskan!
♥ Jika wanita ayu yang dicari, ia BUKAN saya..

♥ Jika wanita kaya yang yang dicari, ia BUKAN saya..

~Jika kau menyayangiku kerana harta yang ada padaku, daku khuatir jika suatu hari nanti aku menjadi orang yang tidak punya apa-apa. Apakah kau masih menyayangiku waktu itu?

♥ Jika wanita berpurdah yang dicari, ia BUKAN saya..

♥ Tetapi jika ingin mencari wanita yang HENDAK DIBIMBING, ia adalah saya *(^_^)*

insyaALLAH :)



Duhai Hati~~


♥ Hati tempat kita menyimpan rahsia..
♥ Rahsia yang indah berserta cita-cita yang murni..
♥ Jangan disimpan benci dan prasangka di dalamnya..
♥ Kerana bimbang akan bercambah DENDAM hingga hujung nyawa.
♥ Andai hati pernah diSAKITI...
♥ Rawatlah dengan memaafkanya..
♥ Semoga di beri KEKUATAN..
♥ Dan dapat menjaga HATI dengan sebaiknya...

Simpanlah kemarahanmu
Lupakanlah kegelisahanmu
Hilangkanlah keburukan orang lain daripada ingatanmu
Ampunilah orang yang salah
buanglah sifat benci dan dendam
Maka kamu akan hidup dengan tenang dan penuh kasih sayang...