Selamat Datang~ CikAzahere.com

Sunday, 23 November 2014

Janji Allah Itu Pasti~

Assalamualaikum~

Pesan pada hati...

Pesanlah pada hati agar tidak terlalu membenci, kerana pasti rindu bertandang jua..
Pesanlah pada hati agar tidak terlalu rindu pada kenangan, kerana pasti air mata akan mengalir deras..
Pesanlah pada hati agar tidak terlalu menggamit pada memori lalu, biar waktu sahaja yang mengubat luka..

Damailah dikau duhai hati yang lara... mendung pasti akan berlalu...

Aku tidak ingin sempurna dimata manusia...tetapi aku ingin sempurna dimata Yang Esa Allah S.W.T

Mungkin Allah S.W.T sengaja ingin menemukan kita dengan orang yang salah, sebelum kita menemui insan yang betul... supaya akhirnya kita bertemu dengan yang benar2 milik kita..
Kita akan tahu bagaimana erti bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk bersama didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa2 pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah  mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Damailah duhai hati.. Kerana setiap yang berlaku, Hikmah pasti akan berbicara

Tenaglah duhai hati.. Usah kau ragui apa yang telah tersurat..

(Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan)

LA TAHZAN~

" So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are (true) believers."
- Ali Imran '3' : 139-

M.A~
aku.com

Tuesday, 3 June 2014

Keyboard Shortcuts~

Assalamualaikum warahmatullah....
selamat hari2 .. :)

Hari ni Cik Azah nak kongsi sesuatu...sebeno beno nye dah lama orang tau bendalah ni...tapi saje la...atas kecuaian sendiri Cik Azah nak kongsi jugak..
Aaaaa di sebab nak guna sotkat ni la...habes semua gambo Cik Azah hilang..tak pasai je kena cari program yang boleh cover semua ni...hahahahahahhh

 Nah jemput la baca :-

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)

1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)

MMC COnsole Windows Shortcut keys

1. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
2. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
3. F5 key (Update the content of all console windows)
4. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
5. CTRL+F5 (Restore the active console window)
6. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
7. F2 key (Rename the selected item)
8. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation

1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts

1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )

Sekian dulu dari Cik Azah...

~aku.com

Monday, 26 May 2014

Ibu Mengandung~

Assalamualaikummm~

Selamat hari-hari.. :)

Rosek kat facebook tadi..tetiba jumpa dan tebaca artikel pendek pasal ibu hamil..Tahun 2014 ni Cik Azah dapat sepupu sorang dan anak nakan pupu 3 orang..anak nakan seniri je lambat sikit sebab abah Cik Azah tak mau jadi tokabah lagi...:) beliau masih muda..haha dan celah tu jugak teringat kata2 sorang sahabat baik ;) Cik Azah .. Dia cakap tu tak ingat ayat apa...tak silap dia kagum dengan orang perempuan.. salah satunye pasal orang perempuan ngandong..sebab ni kot..hihi

+ Semasa ibu hamil, perutnya akan mengembang 500kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
~ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
~ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 DEL. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 DEL yang bersamaan dengan 20 tulang patah serentak.
~ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
~ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa² yang lalu bagi wanita itu.

[Sakit kan? Jangan sesekali jadi anak derhaka. Hargailah dia, selagi dia ada didunia ini ]

sayangi umi kita setiap hari!!! ~_@  (ikut rentak lagu vitegen)

SAYANG UMI!!

Hakikat seorang wanita ni sebenarnya kuat (walaupon dikatakan "lemah")  sebab dorang boleh tanggung sakit yang amat sakit.. Tapi tak leh la nak tanding dengan kekuatan lelaki... kannn

hihi meraban pulak...ok bye~

~aku.com

Sunday, 25 May 2014

HarAamun~

Assalamualaikum ~

Akhirnya setelah beberapa hari Cik Azah ketandusan idea nak mengarang..hari ni terasa gatai jari2 ni nak ketuk keybord..dulu gatai jari nak mengarang kat buku..bak kata tak pegang buku sari memang tak sah la..bukan nyonteng tapi mengarang... hihihi kalo tulis kat buku nanti hilang..kalo ngarang kat sini tak lapok dek zaman kot..kannn bak kata nenek Cik Azah Cekah Perabih Lapuk Beteduh...
Manusia hanya mencuba..jadi tak jadi lain cerita...dengan kehendakNya jua... :)

Sehari Dua ni penggemar2 coklat cadbury kecoh sebab salah satu atau pon salah dua produk cadbury mengandungi DNA BABI.....KENAPA?? dah bertahun makan..Apa JAKIM dah buat...bagi logo HALAL dulu tu tak semak betoi2 ka????
Dalam beg kalo tak da cekelat tu memang tak sah..tak pasai tong sampah yang makan...
Tak ape lah..tak makan cekelat tu tak mati pon...

terjumpa satu ayat orang post kat facebook

(Baru KKM keluarkan kenyataan yg cadbury haram..terus kecoh tak nak makan...
Yg Al-Quran keluarkan dari dulu lagi haram dedah AURAT..knapa tak tutup???) *sentap~

ekk kita yang dah sedaya tak mau dedah aurat ni pon sentap...orang lain? harap2 ada orang ambil faedah dari kata2 tu... hihihi

sekian dulu... ;)

~aku.com

Wednesday, 7 May 2014

Air SeJUk~

Assalamualaikum Warahmatullah...

Maaf ye giant nak ketuk keybord lagi..tapi sikit je ketuknya...jari sakit...ehh ni ketuk bukan sebarang ketuk ye..nak bagi info sikit untuk perkongsian bersama..Cik Azah tak post sebarangan mesti ada manfaat walaupon sikit...jadi la...kita ni nak cakap dengan orang susah sikit kan...so meraban kat sini apa salahnya kann..hihi tengok merapu sikit ni.. Maaf ye...
kat sini cuna nak kongsi pasai

KELEBIHAN AIR SEJUK...

Ramai org kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas @ air suam.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Alhamdulillah...
Haa lepas ni kita minum ayaq sejuk pulak..kunyah ais memang pebret Cik Azah...kalo orang larang kita bawak keluaq hujah ni... SENTAP...hihi

aku.com~

Thursday, 1 May 2014

ViRus~

Assalamualakum Warahmatullah..

Hari ni 1 Mei 2014 bersamaan 1 Rejab 1435..
..اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان..
sempena 1 mei ni nak tenang2 fikiran sambil tengok facebook..layan video2 yg orang dok post tu...kaannn...
tapi hari ni hati tak tenang...jiwa tak tenteram...arhhhhhhhhh sakitnye jiwa cik azah ni...
mai dengan sekoq binatang yang tersangatlah kojiaqq gilaaa...dia yang bagi cik azah geram hari ni...huhuhu T_T
notebook  ni kena virus..semua program kena virus...gambar2 yang cute2 semua hilang...nak kata cik azah bela binatang ni.. hari2 scan ja..lepas cucuk pendrive kawan kat lappy pink ni terus musnah harapan...laptop canggih kemain..tapi tak reti nak jaga molep2..cik azah dah cakap tukar la antivirus tu...tapi dia macam tak kisah pon..suruh format pendrive hari2..dah format dia pi cucuk kat laptop dia virus masuk balik...rupa tak scan la virus tu...la ni kalau rasa berat hati nak beli antivirus amik je kat gugel ni..macam la cik azah ni..hidup mesti senang kan.. ni ha yang cik azah guna anti virus SMADAV..nak guna software ni amik je kat CNET.com..dia bagi donlod free ja..gunakan kemudahan yang ada.. tak payah penat2 keluar pi cari kat kedai...bak kata orang semua di hujung jari ja... kannn..

haa kan cik azah dah meraban kat sini..geram  tak sudah ni.. nak balik gambar2 yang hilang tu... dah cari kat recover pon tak ada dah.. T_T nangeh la ayo mata darah sekalipon...nak dapat balik memang tipis..kalau ada pon bukan bleh tengok...sakit hati...

Nak marah tu mudah kan...Tapi sabar tu indah...jadi kena la besabar...memang dah nasib kannn...

Wednesday, 30 April 2014

Bila Sakit Menyerang~

Assalamualaikum Warahmatullah...

Tak senang duduk bila sakit kepala menyerang..hanya Allah yang mengetahuinya... kita cuma mampu ber sabar...
استغفر الله العظيم...
Bila sakit-sakit rupa ni baru teringat nikmat sihat...Allahurabbi..
Dah macam robot nak gerak kepala sana sini...mata berair2 ja...bukan nangis...tpi pedih..
moh kita amalkan doa ni...semoga bermanfaat.. :)

 
ni copy dari syeikh gugel ja..
tapi bermanfaat..kannn
moh kita amalkan ye...

aku.com~

Tuesday, 22 April 2014

BUNGA KAIN FELT KU~ ^^

Assalamualaikum warahmatullah..

Sekali pos dah jadi ketagih lak nak ketuk keybord ni..hihihi
peluang duk sensorang ni bukan salu..manfaat kan masa yang ada..
kat sini cuma nak poyo sikit ja.. ^^ v
maka genaplah post blog saya yang ke 100..hihihi setelah 4 tahun..

ada tiga orang budak ni nak merayan dengan hasil kak ngah,.. terahu saya..haha















~aku.com~

LuAHanKu~

Assalamualaikum~

Hari ni Cik Azah nak luah perasaan..maaf la noh kalau ada orang baca...^^v
geram tak sudah ni...adeh la..
nak cuba wat bunga ros...tapi  tak penah nak jadi....gulung buat bunga ros tegulung terus semua....geramnya cekk.....
tolong la saya...nak try buat ni...
dah bertahun cuba..tapi tak menjadi jugak....geram aihhhh
tapi saya tak akan putus asa walau sekali pon...terus cuba dan mencuba..
jika permulaan gagal, berjaya akan menyusur kendian..jangan risau ye..sedih tak pa..

nak buat bunga ni.... :'(



Dan Satu Lagi...

Cik Azah sedih la dengan sorang kawan ni...
setiap detik nak update status kat
- facebook
- wechat
wat masa ni dua ni je yang Cik Azah tau dia  ada..klo dia ada twitter, blog, friendster, my space dan sebagainya laaaa...
kompom dia akan update status ni..salah satunye la
(dhuha done...الكهفى done..hari ni dhuha dah selesai...esk jangan lupa buat lagi yeee...peringatan buat diri dan kawan2..semoga tuhan terima segala kerja buat ku..ameen)...
krik krik krik krik
perlu ka..?? rasa nya semua ni tak perlu la nak kecoh kan...tu keja kita dengan tuhan..kenapa nak heboh2  satu Dunia...tak paham saya..
yelah bak kata umi Cik Azah "tak real la kalo tak heboh"...kannnn menusuk Qalbu...
kalau nak bagi peringatan kat kawan2 tak payah la cakap yang kita tu dah buat..kannn
teringin nak cakap depan2..tapi biar pelan2..saya tembak cakap terang2 kang tak gamak..ye la dia kan nak buat kebaikan..hihihi kita ni apa la sangat kann...
hahhh da beletiaq panjang ni...cukup2 la...

DOAKU SEMOGA KAU TAK MENUNJUK SANGAT DENGAN KEBAIKAN YANG KAU BUAT TU..CUKUP LA KITA DENGAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA SAHAJA YANG MENGETAHUINYA...
KIKIKI

tak penah lagi luah camni kat sini..
nak update kat status fesbuk memang tak la kan..

~aku.com~

Wednesday, 2 April 2014

2014 ~


Assalamualaikum...
hahh setelah sekian lama cik azah tak buka blog... lama jugak la tak godek blog ni...hihihi  busy sangat la kan...
hmm bka ni pon nak sedih2 sikit... cane la cik azah ni... cuai aje.. barang ada kat tangan semua nak jatuhkan... dah tu baru nak nyesal...tak sudah la kan.. haaa meh kita kongsi kata2 semangat ngan motivasi nak bagi hilang sedih dan penyesalan tak sudah ni....

1) Peduli pada orang lain bermula dengan peduli pada diri sendiri.

2) Setiap masalah ada jalan keluarnya, setiap konflik ada solusinya, setiap krisis mengandung peluang.

3) Kita tidak harus mengorbankan harga diri agar disukai orang lain.

4) Don’t judge the book by its cover – Jangan menilai buku hanya dari kulitnya saja.

5) Self? trust is the first secret of success – Percaya diri adalah rahsia pertama sebuah kejayaan .

6) Self? trust is the first secret of success – Percaya diri adalah rahsia pertama sebuah kejayaan.

7) Persahabatan itu seperti tangan dengan Mata. Saat tangan terluka, Mata menangis. Saat Mata menangis, tangan menghapusnya..

8) Hadapilah nikmat dengan syukur, dan terimalah musibah dengan sabar.

9) Ukurlah kemampuan diri, kerana makan berlebih akan muntah, dan memikul melebihi kekuatan akan patah

10) To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart – Untuk mengatasi diri anda gunakan kepala anda, untuk mengatasi orang lain gunakan hati anda.

11) Everybody thinks of changing humanity and nobody thinks of changing himself – Semua orang memikirkan untuk merubah dunia dan tidak ada yang memikirkan merubah dirinya sendiri.

12) Mistakes are the portals of discovery – Kesalahan adalah portal menuju suatu penemuan.

13) He who never made a mistake, never made a discovery – Siapa yang tidak pernah berbuat salah, tidak pernah mendapat penemuan/pembelajaran.