Selamat Datang~ CikAzahere.com

Monday, 26 May 2014

Ibu Mengandung~

Assalamualaikummm~

Selamat hari-hari.. :)

Rosek kat facebook tadi..tetiba jumpa dan tebaca artikel pendek pasal ibu hamil..Tahun 2014 ni Cik Azah dapat sepupu sorang dan anak nakan pupu 3 orang..anak nakan seniri je lambat sikit sebab abah Cik Azah tak mau jadi tokabah lagi...:) beliau masih muda..haha dan celah tu jugak teringat kata2 sorang sahabat baik ;) Cik Azah .. Dia cakap tu tak ingat ayat apa...tak silap dia kagum dengan orang perempuan.. salah satunye pasal orang perempuan ngandong..sebab ni kot..hihi

+ Semasa ibu hamil, perutnya akan mengembang 500kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
~ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
~ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 DEL. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 DEL yang bersamaan dengan 20 tulang patah serentak.
~ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
~ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa² yang lalu bagi wanita itu.

[Sakit kan? Jangan sesekali jadi anak derhaka. Hargailah dia, selagi dia ada didunia ini ]

sayangi umi kita setiap hari!!! ~_@  (ikut rentak lagu vitegen)

SAYANG UMI!!

Hakikat seorang wanita ni sebenarnya kuat (walaupon dikatakan "lemah")  sebab dorang boleh tanggung sakit yang amat sakit.. Tapi tak leh la nak tanding dengan kekuatan lelaki... kannn

hihi meraban pulak...ok bye~

~aku.com

Sunday, 25 May 2014

HarAamun~

Assalamualaikum ~

Akhirnya setelah beberapa hari Cik Azah ketandusan idea nak mengarang..hari ni terasa gatai jari2 ni nak ketuk keybord..dulu gatai jari nak mengarang kat buku..bak kata tak pegang buku sari memang tak sah la..bukan nyonteng tapi mengarang... hihihi kalo tulis kat buku nanti hilang..kalo ngarang kat sini tak lapok dek zaman kot..kannn bak kata nenek Cik Azah Cekah Perabih Lapuk Beteduh...
Manusia hanya mencuba..jadi tak jadi lain cerita...dengan kehendakNya jua... :)

Sehari Dua ni penggemar2 coklat cadbury kecoh sebab salah satu atau pon salah dua produk cadbury mengandungi DNA BABI.....KENAPA?? dah bertahun makan..Apa JAKIM dah buat...bagi logo HALAL dulu tu tak semak betoi2 ka????
Dalam beg kalo tak da cekelat tu memang tak sah..tak pasai tong sampah yang makan...
Tak ape lah..tak makan cekelat tu tak mati pon...

terjumpa satu ayat orang post kat facebook

(Baru KKM keluarkan kenyataan yg cadbury haram..terus kecoh tak nak makan...
Yg Al-Quran keluarkan dari dulu lagi haram dedah AURAT..knapa tak tutup???) *sentap~

ekk kita yang dah sedaya tak mau dedah aurat ni pon sentap...orang lain? harap2 ada orang ambil faedah dari kata2 tu... hihihi

sekian dulu... ;)

~aku.com

Wednesday, 7 May 2014

Air SeJUk~

Assalamualaikum Warahmatullah...

Maaf ye giant nak ketuk keybord lagi..tapi sikit je ketuknya...jari sakit...ehh ni ketuk bukan sebarang ketuk ye..nak bagi info sikit untuk perkongsian bersama..Cik Azah tak post sebarangan mesti ada manfaat walaupon sikit...jadi la...kita ni nak cakap dengan orang susah sikit kan...so meraban kat sini apa salahnya kann..hihi tengok merapu sikit ni.. Maaf ye...
kat sini cuna nak kongsi pasai

KELEBIHAN AIR SEJUK...

Ramai org kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas @ air suam.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Alhamdulillah...
Haa lepas ni kita minum ayaq sejuk pulak..kunyah ais memang pebret Cik Azah...kalo orang larang kita bawak keluaq hujah ni... SENTAP...hihi

aku.com~

Thursday, 1 May 2014

ViRus~

Assalamualakum Warahmatullah..

Hari ni 1 Mei 2014 bersamaan 1 Rejab 1435..
..اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان..
sempena 1 mei ni nak tenang2 fikiran sambil tengok facebook..layan video2 yg orang dok post tu...kaannn...
tapi hari ni hati tak tenang...jiwa tak tenteram...arhhhhhhhhh sakitnye jiwa cik azah ni...
mai dengan sekoq binatang yang tersangatlah kojiaqq gilaaa...dia yang bagi cik azah geram hari ni...huhuhu T_T
notebook  ni kena virus..semua program kena virus...gambar2 yang cute2 semua hilang...nak kata cik azah bela binatang ni.. hari2 scan ja..lepas cucuk pendrive kawan kat lappy pink ni terus musnah harapan...laptop canggih kemain..tapi tak reti nak jaga molep2..cik azah dah cakap tukar la antivirus tu...tapi dia macam tak kisah pon..suruh format pendrive hari2..dah format dia pi cucuk kat laptop dia virus masuk balik...rupa tak scan la virus tu...la ni kalau rasa berat hati nak beli antivirus amik je kat gugel ni..macam la cik azah ni..hidup mesti senang kan.. ni ha yang cik azah guna anti virus SMADAV..nak guna software ni amik je kat CNET.com..dia bagi donlod free ja..gunakan kemudahan yang ada.. tak payah penat2 keluar pi cari kat kedai...bak kata orang semua di hujung jari ja... kannn..

haa kan cik azah dah meraban kat sini..geram  tak sudah ni.. nak balik gambar2 yang hilang tu... dah cari kat recover pon tak ada dah.. T_T nangeh la ayo mata darah sekalipon...nak dapat balik memang tipis..kalau ada pon bukan bleh tengok...sakit hati...

Nak marah tu mudah kan...Tapi sabar tu indah...jadi kena la besabar...memang dah nasib kannn...