Selamat Datang~ CikAzahere.com

Sunday, 23 November 2014

Janji Allah Itu Pasti~

Assalamualaikum~

Pesan pada hati...

Pesanlah pada hati agar tidak terlalu membenci, kerana pasti rindu bertandang jua..
Pesanlah pada hati agar tidak terlalu rindu pada kenangan, kerana pasti air mata akan mengalir deras..
Pesanlah pada hati agar tidak terlalu menggamit pada memori lalu, biar waktu sahaja yang mengubat luka..

Damailah dikau duhai hati yang lara... mendung pasti akan berlalu...

Aku tidak ingin sempurna dimata manusia...tetapi aku ingin sempurna dimata Yang Esa Allah S.W.T

Mungkin Allah S.W.T sengaja ingin menemukan kita dengan orang yang salah, sebelum kita menemui insan yang betul... supaya akhirnya kita bertemu dengan yang benar2 milik kita..
Kita akan tahu bagaimana erti bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk bersama didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa2 pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah  mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Damailah duhai hati.. Kerana setiap yang berlaku, Hikmah pasti akan berbicara

Tenaglah duhai hati.. Usah kau ragui apa yang telah tersurat..

(Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan)

LA TAHZAN~

" So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are (true) believers."
- Ali Imran '3' : 139-

M.A~
aku.com