Selamat Datang~ CikAzahere.com

Saturday, 14 January 2012

UBAT CHENTA ♥¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¨¯`♥ UBAT CHENTA ♥¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
Bila Kita meletakkan sepenuh KEPERCAYAAN pada Allah,
yang mengatur JODOH kita,
yang memberikan rasa CHENTA kepada kita,
Nescaya akan TENANG dan DAMAILAH hati,
Pasti tiada rasa DUKA & KECEWA
walaupun dia TIDAK ditakdirkan bersama kita..

Kerana kita YAKIN Allah pasti telah menetapkan
seseorang yang TERBAIK untuk HIDUP bersama kita,
Dan MEMBIMBING kita menuju RedhaNya..
InsyaAllah,Amin Ya Allah..

p/s:Sentiasa yakin dengan janjiNya..
PEREMPUAN yang baik,untuk LELAKI yang baik.
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

GERBANG BAHAGIA ♥•♥•♥

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

♥•♥•♥ GERBANG BAHAGIA ♥•♥•♥

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Terkadang,CHENTA sesama manusia itu banyak membuatkan
kita mengalirkan airmata,
airmata kecewa & terluka,
Chenta manusia itu juga ada yang buatkan kita makin jauh dari Yang Esa,
Kerana kita lebih mengingati si dia berbanding dari mengingati Dia,
Kita lebih jauh sayangkan si kekasih hati berbanding Illahi Rabbi,
Dan ingatlah,Chenta manusia itu bukanlah "apa-apa",
jika kau jalinkan ia atas murka Allah,
Kerana RedhaNya cuma ke atas mereka yang berani MENYEMPURNAKAN AGAMANYA iaitu dengan MENIKAH..
InsyaAllah,Amin ya Allah..
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰

p/s:JOM JAUHI COUPLE SEBELUM AKAD!! ^_^

Thursday, 5 January 2012

"Awak sudi jadi isteri kedua saya"~~

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. “Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
 
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya. “Saya ingat kita lama berkawan, awak maujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fulanah mula sebak. “Tak. Maksud saya…” “Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar. “Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua asih bwak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. “Ada hikmah,” bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah. Hujung minggu berjalan seperti biasa.
Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya.
Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Syazni tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin
.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.”Kenapa saya?” tanya Syazni ingin tahu. “Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. “Baiklah,” jawab Syazni tersenyum. Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untukmembantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah.
Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.”Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. “Ye sayang?” jawab Syazni sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. “Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,
” Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini.
Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini. “Kita dah sampai,” Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. “Itu isteri pertama abang,” Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut “Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni. “Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. “Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“PERJUANGAN… ” jawab Syazni.


Wednesday, 4 January 2012

~ :) ~~

‎:: Bertemu adalah KESEMPATAN & mencintai adalah PILIHAN ::

Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik, Itu bukan pilihan, itu KESEMPATAN..

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..

Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi, justeru di saat kita menyedari bahwa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya dari pasangan kita dan tetap memilih untuk mencintainya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN...

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup kita..
Tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Tuhan dan manusia adalah PILIHAN...

Mungkin KESEMPATAN mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita..
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah PILIHAN yang harus kita pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan dan manusia.

Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai.. Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang belum sempurna.. Dengan cara yang sempurna...

BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang Belum SEMPURNA dengan cara yang SEMPURNA..

Kerana pasangan kita adalah belahan jiwa kita.. Agar jiwa kita pun menjadi SEMPURNA di hadapan Tuhan...

Takdir yang mempertemukan. Rancangan yang indah telah disiapkan olehNya....

‎:: Sebelum dan Fikirkan ::

‎:: Sebelum dan Fikirkan ::

Hari ini...

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menuding jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Selemah-lemah manusia ialah orang yangg tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari...
~ Sayidina Ali ~

Allahu Akbar~~

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya.
Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya.
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya.
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya.
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya.
BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya.
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya.
NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA!

tinta ku~~


Jika saat ini...

Kamu sedang tersenyum,
semoga senyum itu menjadi ibadah.

Kamu sedang marah,
semoga marah itu tidak melampaui batas.

Kamu sedang sedih,
semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa.

Kamu sedang letih,
semoga lelah itu menjadi penggugur dosa.

Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu. Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidup selalu.

Aamiin aamiin ya rabbal a’lamiin...

~aku mencintaimu~~

Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu...
kerana aku menyayangimu, aku tak ingin melukai hatimu...
kerana aku suka akhlak dan budi pekertimu, aku tak ingin mmbuatmu kecewa.

” Bila kamu menaruh rasa di hatimu, biarkan rasa itu indah brsemi dalam cinta-Nya yang abadi.. Bila hatimu ingin aku jadi kekasihmu, berharaplah pada kasihNYA suci... Aku hanya ingin jadi kekasihmu setelah DIA tak lagi cemburu padaku.”

Kamu tahu maksudku, pastinya kamu akn merasa bahagia..
karna dgn saling menjaga hubungan yg blm ada ikatan itu akn menjauhkan duri2 penuh fitnah.

” Biarlah kita menjalani khdupan ini tnpa ada kata, tatapan, atau pertemuan hanya brdua.. Dalam kesendirian itu lebih baik untk lebih dekat kepadaNYA, petunjuk dan redhaNYA kita harapkan untk ikatan yg halal.”

Percyalah akn janji-Nya, bila kita sdh jadi pribadi yang baik Allah kan menyatukan hati kita untuk brsama-sama menyelami lautan cintaNYA, menuju satu kehidupan yang tak akan terpisahkan selama-lamanya.

◕ ‿ ◕✿ INDAHNYA CHENTA ~~

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

◕ ‿ ◕✿ INDAHNYA CHENTA ◕ ‿ ◕✿

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°•✫❤

:: Chenta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah..Bila Tujuannya Kerana Allah..Dan bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :: InsyaAllah..

♥ CHENTA SELEPAS AKAD ♥

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°•✫❤

~suara hati WANITA~~

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

♥ஜ♥(¯`•.¸ღ SUARA HATI WANITA ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿

Wahai lelaki,

apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila kamu ‘memancing’ wanita

Kamu menyentuh hati wanita

Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita

Mengapa mengharap kepadamu

Tapi kamu perlu tahu

Wanita hatinya cukup lembut

Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai

Pasti kamu pertikaikan

Siapa suruh berharap?

Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu

Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?

Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan

Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki

Kami akui wanita sangat mudah perasan

Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita

Kami redha dengan kelemahan itu

Tapi wahai lelaki

Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini

Bukanlah untuk mengambil kesempatan

Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami

Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu

Membimbing wanita yang lemah ini

Maka kamu perlu tahu

Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas..

Wahai lelaki

Apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia

Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan

Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan

Tapi pernahkah kamu fikir

Kedudukan kamu disisi Allah?

Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki

Jika kamu seorang yang taat,

Jika kamu sangat menjaga solat kamu

Mengapa lakukan ini pada wanita

Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran

Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan

Bahawa kamu mahu isteri yang solehah

Tapi dalam masa yang sama

Kamu tidak putus-putus memancing wanita

Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki

Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya



“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)



Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Adakah layak kamu peroleh wanita solehah

Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu

Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh

Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu

Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita



p/s: Lelaki, cubalah kenali siapa wanita sebenarnya, dari mana wanita dicipta. Mereka dicipta bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjung tapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati supaya mereka dilindungi.Renung2kan~

ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿

maaf~~

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

♥:JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN,
(¯`♥ biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN,
(¯`♥ mengalirlah ia dengan KEJUJURAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI,
(¯`♥ warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN..,
:♥:JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN,
(¯`♥ sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN..,
:♥:JIKA HATI DILUKAI,
(¯`♥ sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN.

~Ameem Ya Rabbal A`lamin..~~

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

★•.•´¯`•.•★ ISTIQARAH CHENTA ★•.•´¯`•.•★

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫
Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikharah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih tergantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah..

Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu,
Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,

ya Allah,
aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah,
aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah,
terbaik buat agamaku Ya Allah,
terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah,
maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah,
maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah.

Ya Allah,
Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh,
Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ini Ya Allah.
Amin Ya Rabbal Alamin..
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫

~ DIA PILIHANKU ~

✿• بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •✿

..........(¯`v´¯)
...........`•.¸.•´ ~ DIA PILIHANKU ~
.........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
......... /█\ ♥/█\

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
❁► Lelaki Pilihanku bukanlah seorang yang kaya harta,
bukan jua yang indah paras rupanya..
sebaliknya,lelaki pilihanku adalah seorang yang "HANDSOME" agamanya,
yang "RUPAWAN" budi pekertinya,
yang "KACAK" imannya..

❁► Kerana ku tahu,
hanya KEIMANAN dia saja yang bisa menyelamatkanku
dari panasnya azab api neraka..
hanya agamanya saja yang mampu membahagiakanku
sampai syurgaNya..

❁► Dan kerana itu jua aku MEMILIHNYA..
kerana IMANNYA dan KECINTAANNYA pada Allah Taala..

❁► Milikilah CHENTAKU kerana Allah..
InsyaAllah..
Moga BAHAGIA menjadi milik kita bersama..
Ameen ya Rabbal Alamin..
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

~★ KELEBIHAN AYAT KURSI ¤~~

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

¤ ★•.•´¯`•.•★ KELEBIHAN AYAT KURSI ¤ ★•.•´¯`•.•★

~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*
Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

InsyaAllah..
~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*

~ wudhuk bersihkan jiwa.~~

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`Doa Ketika Wudhu

✿.✿¯`•.¸♥.♥¸.•´¯✿✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿¯`•.¸♥.♥¸.•´¯✿✿
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"

Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu2 berunsur maksiat ..

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan ke tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
✿.✿¯`•.¸♥.♥¸.•´¯✿✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿¯`•.¸♥.♥.•´¯✿.✿¯`•.¸♥.♥¸.•´¯✿✿

:: SeLaMaT TaHuN BaRu 2012 ::

:: SeLaMaT MeNyAmBuT TaHuN BaRu 2012 ::
╬╬╬╬╬████╬╬╬╬╬████╬╬╬╬╬██╬╬╬╬████╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬██╬╬██╬╬╬███╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬ ╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬██╬███╬█████╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬╬╬╬██╬╬╬██╬███╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬███╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬███╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬██╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬██████╬╬╬╬████╬╬╬╬╬██╬╬██████╬╬╬╬╬


semoga tahun baru ni cik azah dapat buang seme perangai2 yang tak berapa elok...dan terus menjadi insan yang sentiasa tabah..yang penting jadi anak solehah..umi abah... i love u~~