Selamat Datang~ CikAzahere.com

Monday, 17 June 2013

Fasobrun Jamil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih ♥


“Fasobrun jamil((فصبر جميل”, inilah lafaz yang termaktub di dalam Al-quran, malah di sana terdapat lebih daripada 90 ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya bersabar dan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar. Sabar merupakan asbab kepada kecintaan Allah kepada hambanya sehingga diberikan syurga sebagai ‘hadiah’ dek kerana kesabaran itu. Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, sabar ialah salah satu daripada tangga-tangga ibadat bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung.

Sabar dan bertahan.

Siapa di muka bumi ini tidak diuji?

Pada hamba yang beriman, ujian itu indah.
Datanglah berjuta dugaan, bibirnya masih memuji- memuja Allah Maha Agung.
Pada hamba yang beriman, ujian itu pengukur iman.
Diuji, dia bersyukur Tuhan masih mengingati.
Itu tandanya Al-Wadud masih lagi memandang diri,
Dicuba, dia bersyukur Tuhan masih menyayangi.
Itu tandanya cintaNya benar-benar suci.

Apa Itu Sabar???

Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah. Dalam tasawuf, sabar diistilahkan sebagai tahan menempuh sesuatu yang sukar.

Allah Yang Maha Sabar
Allah itu bersifat dengan sifat sabar. Dia bersabar dengan karenah dan perbuatan hambaNya. Justeru, antara nama Allah yang mulia itu adalah as-Sabur (Zat Yang Maha Sabar). Rasulullah S.A.W.bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan member mereka rezeki.”(Riwayat Ahmad daripada Abi Musa al-Ash’ari r.a)



No comments:

Post a Comment